Faizal,Amin,Shahrul,Hafizi dan Aina merupakan sepupu yang rapat.Sejak kecil lagi,bila lebaran sahaja pasti mereka akan pulang.Tetapi apabila meningkat remaja,ibu bapa mereka sudah lagi tiada masa untuk pulang kampung mereka.Mereka benar seakan-akan sudah terpisah dengan begitu lama.mereka juga tidak berhubung langsung.Usia dan ingatan mereka bersama semasa kecil-kecil makin dimakan oleh masa.
Setiap mereka mempunyai perwatakan yang berlainan.Faizal seorang lelaki yang kaki perempuan.Nampak sahaja perempuan cantik sahaja pasti dia akan berusaha untuk memenangi hati perempuan itu dengan berbagai cara.Asalkan dapat.Nasiblah tiada pula kalau ada lembu betina yang pakai skirt pon dia nak ushah.Amin merupakan anak orang kaya.Perwatakannya mengalahkan putera di istana.Semua benda untuknya perlulah diuruskan dengan baik dan terapi jika tidak...habislah...
Shahrul pula mempunyai perwatakan yang setia pada gadis yang dicintainya.Dia sangat pandai bermain gitar.Shahrul merupakan anak yatim kerana ibu bapanya sudah lama meninggal dunia.Kini,dia menetap di bandar bersama pakciknya.Hafizi pula seorang lelaki yang kaki perempuan seperti Faizal.Kerana wajahnya yang sungguh menawan membuatkan ramai wanita jatuh hati padanya.Aina pula seorang gadis biasa yang berani dan bijak dalam melakukan sesuatu perkara.
Pada suatu hari lebaran,kesemua sepupu-sepupu ini telah dipanggil untuk berkumpul di rumah datuknya di kampung.Mereka juga sudah berpuluh tahun tidak kesana.Mujurlah datuknya masih ada lagi.Hafizi,Faizal dan Amin tidak mahu pulang ke kampung tetapi setelah dipaksa,barulah mereka pergi walaupun dalam keadaan terpaksa."Tak de klas lah pulang kampung,tak stail langsung!"kata mereka.Lain pula dengan Aina dan Sharul,mereka tidak sabar-sabar untuk pulang ke kampung yang telah lama ditinggalkan.
Tibalah hari untuk mereka pulang ke kampung!Bermacam-macam ragam yang mereka tunjukkan."Ar!habis kotor baju aku!"kata Faizal.Sharul menjerit"Ya!dah lama gila aku tak balik kampung ni!"sambil berlari ke rumah datuknya."Okey ke tak baju ni?Okeylah ni kotw..."kata Aina yang melihat baju kurungnya.Tibalah masanya putera tiba."Atuk!Oh Atuk!Boleh tak orang gaji saya tinggal kat sini juga?"tanya Amin kepada datuknya.Tetapi datuknya tidak membenarkannya.Hafizi pula dengan wajahnya yang selamba balik ke kampung,tetapi disebalik wajahnya..erm..Tuhan sahaja yang tahu.
"Jadi,semuanya telah berkumpul semula di rumah datuk ni.Dah lama sangat korang tak balik sini,ya"kata datuk."Ya,atuk"jawab semua cucunya."Masih ingat lagi tak semua yang berada disini?"tanya datuk pula."Erm...taklah atuk..saya ingat atuk jerlah.sebab atuk tak berubah wajah pon..."kata Amin."Baiklah atuk perkenalkan kamu semua,ya.Baiklah,ini Amin,ini pula Sharul,Aina,Faizal dan Hafizi"datuk memperkenalkan mereka antara satu sama lain.Tetapi boleh dikatakan,mereka semua telah pon jatuh hati kepada Aina yang sungguh ayu dan anggun berbaju kurung.
Sejak hari itu,kesemua mereka telah bersatu dan kembali rapat.Cumanya,mereka tidak mempunyai banyak masa untuk berjumpa.Faizal,Amin dan Hafizi mula merancang untuk menawan hati Aina.Walaupon pada mulanya Amin memang agak kasar bergaul dengan Aina,lama kelamaan dia mula jatuh hati padanya.Tetapi Aina lebih menyukai dan menyenangi sikap Shahrul yang pendiam.
Pada suatu hari,teman wanita Shahrul pulang ke tanah air daripada selesai menyelesaikan tugasnya di luar negara.Shahrul begitu teruja ketika itu.Aina pula apabila menapat tahu bahawa Shahrul mempunyai teman wanita,dia pula rasa patah hati.Tetapi dia sedar,bahawa dia dan Shahrul hanyalah sekadar sepupu.Tetapi dikhabarkan teman wanita Shahrul meminta supaya hubungan percintaaan mereka diputuskan kerana teman wanitanya akan kembali ke luar negara untuk menyambung pelajarannnya dan tidak lagi akan pulang ke Malaysia lagi.
Sejak hari itu,Aina dan Shahrul semakin rapat kerana Shahrul sentiasa berkongsi masalah dengan Aina.Aina pula akan menemaninya dan membantunya dalam menyelesaikan masalah yang mampu dibantunya.Ketika itu juga Shahrul mula menunjukkan sukanya kepada Aina.Tetapi Faizal,Amin dan Hafizi juga berbuat begitu.Mereka mula bertengakar dan bermasam muka tentang perkara itu.Puncanya kerana untuk menawan hati Aina.
"Okey-okey...camnilah..apa kata kita tanya jer sendiri kat Aina,sapa yang dia suka?Amacam okey tak,bro?"cadang Amin."Oh,aku setuju aje"jawab Hafizi dengan selamba."Okeylah"jawab Faizal.Shahrul pula mendiamkan diri sahaja tapi itu maknanya setuju bagi pendiam sepertinya."Aina,kitaorang nak tanya ni...boleh?"tanya Hafizi."boleh.tanyalah"jawab Aina."Antara kitaorang semua ni,manalah paling awak suka dan cinta?"tanya Amin dan Faizal.Shahrul pon menyampuk juga.
"A..cam ne ni?"Aina ragu-ragu dan tidak tahu bagaimana menjawabnya.Tiba-tiba dia terpandang seseorang."Awak..mari sini sekejap."Aina memanggil seseorang.Rupa-rupanya itulah teman lelakinya dan bakal tunangnya."Korang..nilah bakal tunang saya.sorrylah ye..."kata Aina.Semua sepupu Aina malu-malu dan meminta kebenaran untuk pumag ke rumah mereka.Mereka terpaksalah menerima hakikat bahawa Aina tidak pon menaruh hati kepada siapa-siapa pon diantara mereka.Akhinya,Aina telah pon sah bergelar isteri orang.Sepupunya tumpang gembira dan menjalankan kehidupan mereka seperti biasa.
Faizal pula walaupon sudah putus dengan teman wanitanya tetapi dia masih ada lagi sepupu-sepupunya yang menyayanginya.Dia belajar untuk redha dengan apa yang berlaku.Amin pula sudah menggantikan tempat bapanya sebagai pengarah ekskutif syarikat bapanya.Shahrul pula sudah menjadi penyanyi yang terkenal.Hafizi pula mula belajar untuk setia kepada seorang wanita sahaja.Tetapi hubungan mereka kesemuanya walaupon berbeza arah,masih tetap rapat!
No comments:
Post a Comment