Aisyah seorang gadis kolej muzik.Dia mempunyai seorang kawan yang sangat baik dengannya,Zaril.Mereka berkawan baik sejak sekolah menengah lagi sehinggalah ke kolej yang sama.Semakin lama mereka rapat dan saling mengenali.Aisyah sudah lama menaruh hati kepada Zaril...Tetapi dia tidak pasti adakah perasaan itu adalah perasaan yang sebenar atau hanyalah mainan perasaan.Pada suatu hari,kolej muzik menerima seorang mahasiswa baru.Pemuda yang agak kacak,Amir namanya.Pada hari itu,Aisyah tergesa-gesa ke kolej dan tanpa melihat ke kiri dan ke kanan malah berlari-lari anak untuk sampai ke kelas.Tanpa disedari dia terlanggar sesuatu.Sesuatu yang dilanggarnya itu membuatkan dia dan sesuatu itu jatuh serta merta.Rupanya sesuatu itu adalah pemuda yang tidak pernah dikenalinya.Dia terus segera meminta maaf dan terus berlalu pergi meninggalkan pemuda itu terpinga-pinga.Dia langsung tidak memandang pemuda itu.
Sejak dari hari itu,Amir tercari-cari siapakah gerangan gadis yang telah melanggarnya.Gadis itu telah membuatkan dia jatuh cinta untuk pertama kalinya.Kejadian itu memang pelik,tetapi gadis itu seperti gadis yang dia angan-angankan.Dia tidak pasti..Tapi dia sangat berharap dapat bertemu dan berkenalan dengan gadis itu.Amir seperti mengejar banyang-bayang gadis yang tidak dikenalinya itu.
Pada suatu hari,Amir tergesa-gesa hendak pulang ke rumah dengan menaiki kereta kerana tertinggal sesuatu yang penting.Tanpa disedari,dia terlanggar seorang gadis.Gadis itu mengalami kecederaan kecil dan pengsan.Amir membawa gadis itu ke klinik yang berdekatan.Gadis yang dilanggarnya itulah gadis yang sama yang telah melanggarnya di kolej tempoh hari.Gadis itu telah dirawat tetapi masih pengsan.Amir menunggu dengan sabar dan berharap agar tiada apa-apa yang teruk dihadapi oleh gadis itu disebabkan oleh kecuaiannya.
Akhirnya,gadis itu telah sedar.Amir terus memanggil doktor."Saya dimana ni?Awak ni siapa?"Amir cuba menenangkannya dengan menceritakan perkara yang telah berlaku.Amir sangat rasa bersalah dan meminta maaf kepada gadis itu."Saya maafkan awak,lagipun itu qadak dan qadar saya.Saya bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan yang serius"kata gadis itu sambil tersenyum."Saya Amir.Awak?"Amir membuka salam perkenalan mereka."Saya Aisyah,selamat berkenalan"kata gadis itu.Kejadian itu membuatkan mereka bertambah rapat lebih-lebih lagi di kolej.Kata-kata Aisyah yang tenang itu membuatkan Amir bertambah yakin dengan perasaannya.
Amir juga rapat dengan Zaril. Amir dan Zaril sebenarnya bersepupu.Ini juga membuatkan mereka Aisyah.Amir dan Zaril berkawan baik disebalik perasaan cinta Aisyah kepada Zaril dan perasaan Amir kepada Aisyah.Tetapi Amir mengetahui bahawa Aisyah menaruh hati kepada Zaril.Pada suatu hari Amir menemani Aisyah untuk pergi ke pusat beli belah untuk membeli barang-barang keperluan Aisyah.Di saat itu juga Zaril berjumpa teman wanitanya.Aisyah tidak mengetahui bahawa Zaril mempunyai teman wanita.
Apabila Aisyah dan Amir melewati restoran dimana Zaril bertemu dengan teman wanitanya,mereka semua terserempak sesama sendiri."Zaril,sini kejap"kata Amir sambil menarik tangan Zaril."Sapa gadis tu?"kata Amir.Zaril membalas"tu teman wanita aku"."Kejap,aku nak cakap sesuatu yang penting"kata Amir.
Di masa yng sama "Awak ni siapa?apa hubungan awak dengan teman lelaki saya?"kata gadis yang tidak dikenali itu."Saya Aisyah,kawan baik Zaril"kata Aisyah.Gadis itu berkata lagi"awak jangan berani nak rampas teman lelaki saya,ok?tak lama lagi kami akan bertunang!jauhkan diri awak dari dia!"Gadis itu terus berlalu pergi dari situ dengan meninggalkan Aisyah kebingungan dan kecewa.
Aisyah terus pergi ke arah Zaril dan bertanya"betulkah awak nak bertunang?kenapa tak pernah beritahu saya tentang awk ada teman wanita?"Zaril berkata"maafkan saya,tapi saya nak beritahu awak yang saya tak pernah ada perasaan dengan awak.kita hanya kawan baik sahaja."Amir terus cuba untuk menyelamatkan keadaan itu.Rupa-rupanya Amir telah pun memberitahu Zaril tentang perasaan Aisyah itu.Tetapi telah terlambat Aisyah terus menangis dan berlari keluar dari pusat beli belah itu.Zaril dan Amir terus mengejar Aisyah.Tiba-tiba Aisyah telah dilanggar oleh sebuah kereta.Amir dan Zaril terus meluru ke arah Aisyah yang terbaring tidak bermaya.
Aisyah telah dimasukkan ke hospital tetapi sudah sebulan dia koma.Amir rasa bersalah kerana telah memberitahu tentang perasaan Aisyah itu,mungkin perkara itu tidak patut dibangkitkan.Zaril pula mengalami masalah dengan teman wanitanya.Akhirnya mereka memutuskan hubungan mereka.Zaril sangat rasa bersalah kerana berkata perkara yang mengguris hati kawan baiknya.Dia tidak patut berkata begitu,sepatutnya mereka berbincang dengan baik.
Akhirnya,Aisyah sudah sedarkan diri."Awak..awak macam mana?"Amir bertanya.Aisyah membalas"Amir..saya dah tak apa-apa dah.terima kasih sebabkan jaga saya selain daripada keluarga saya"
Zaril pula"Aisyah..saya betul-betul minta maaf.Saya tak patut berkata begitu kepada awak."Aisyah berkata"awak ni siapa?saya kenal awak ke?"Zaril dan Amir terus tergamam dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Aisyah.Adakah dia benar-benar hilang ingatan?tetapi kenapa dia boleh mengingat orang lain selain Zaril
Zaril dan Amir bertemu dengan doktor yang merawat Aisyah."Saya rasa Aisyah mengalami hilang ingatan.Mungkin untuk sementara"kata doktor.
Penyakit yang dialami Aisyah sungguh pelik kerana dia hnaya melupakan orang yang paling dia sayang.Zaril semakin rasa serba salah dan menyesal dengan apa yang berlaku tetapi dia perlu redha.Amin sudah merancang untuk membantu Aisyah untuk mendapatkan semula ingatan Aisyah.Zaril juga ingin membantu tetapi dia rasa tidak anggup kerana dialah penyebab kemalangan Aisyah.Zaril juga dapat merasakan dia telah jatuh cinta kepada Aisyah.Tetapi dia masih rasa bersalah dengan apa yang telah berlaku.
Lama kelamaan ingatan Aisyah semakin pulih dan dia langsung tidak menyalahkan mana-mana pihak.Dia sedar bahawa dia dan Zaril hanya kawan baik sahaja.Dia tak patut menghancurkan semuanya hanya kerana rasa cinta.Dia redha dengan apa yang berlaku.Pada suatu hari,Aisyah dan keluarga terpaksa berpindah kerana ayah Aisyah telah ditukarkan ke tempat lain.Hari itu Zaril bertekad untuk memberitahu Aisyah tentang isi hatinya."Amir,Zaril...saya pergi dahulu ya,bila ada masa nanti awak datanglah ke melawat saya disana" kata Aisyah.
"Aisyah,saya nak cakap sesuatu yang...saaaa..yaaa.."Zaril rasa gementar yang amat."Ya Zaril..apa awak nak cakap?"Aisyah ingin tahu."Aisyah...cepatlah nanti kita lambat nanti,sayang"ibu Aisyah memanggilnya."kejapya omma.Aisyah membalas dengan lembut."Saya..suka kan awak"Zaril akhirnya melafazkan luahan hatinya."Saya pon suka awak sebagai kawan baik saya."Aisyah membalas."Aisyah disana nanti jangan lupakan saya taw!jerit Amir."Ya...Insyaallah...korang kan kawan baik saya!"balas Aisyah.Zaril berasa agak kecewa dengan tanggapan Aisyah.Dia harap masih ada ruang dihati Aisyah untuk menerima cintanya.Akhirnya bermulalah perjalanan Aisyah untuk berpindah.Aisyah menjerit dari tingkap sebaik sahaja keretanya bergerak "Zaril!Saya suka awak!"Zaril gembira mendengar itu.Begitulah memori tiga sahabat baik yang sentiasa bersama walaupon bermacam-macam perkara yang berlaku diantara mereka.
No comments:
Post a Comment