Bersamamu Mr Sombong




Part 1

"Hari yang membengangkan bagi aku!"jerit hati kecil Sarah."Cikgu Nia tu pun satu hal.Yang percaya si Farisya tu apasal lah!Dah aku pula yang jadi pelaku!Tak percaya betul aku terkena dengan si "Diva Drama" tu! Ish~".Keluh Sarah.Dia dituduh oleh Farisya bahawa dia telah menconteng dinding sekolah.Pelaku sebenar adalah Farisya.Sarah nampak dengan mata kepala dia sendiri bahawa Farisya dan geng2 dia yang lakukannya.


Sarah berjalan dengan marahnya ke rumahnya.Cuaca yang agak panas menambahkan lagi kemarahannya.
Dia ternampak satu tin minuman.Lalu,dia menendang tin minuman itu dengan sekuat hatinya.Tanpa disedarinya,tin minuman itu melayang tinggi dan mengenai kepala seorang lelaki kaya yang sedang memandu kereta mewahnya.Lalu,kereta itu melanggar tembok.Hidung lelaki kaya itu berdarah dek kerana tin minuman yang mengenai kepalanya.Lelaki kaya itu terus mengejar Sarah yang berjalan disitu.

"Hoi!Awak kan yang baling tin minuman ni?!"tanya lelaki kaya itu."Tak."jawab selamba Sarah."Jadi,awak tendangnya kan?!"tanya lelaki kaya itu lagi."I guess so~"jawab Sarah."Apa?! Dah buat salah masih lagi main2 erh?!Awak ni memang betul menyusahkanlah!Tengok apa dah jadi dengan kereta mahal saya tu hah?!Awak nak bayar ganti rugi ke?!"tanya lelaki kaya dengan marah."Ish dia ni... dah lah belagak kaya...sombong pula tu"kata hati Sarah."Ish!Termenung pula dia ni!Oi!"marah lelaki itu."Apa awak ni hah? Berapa ganti rugi tu?"tanya Sarah."RM 30,000!"jawab lelaki sombong itu."Oh,ye ke? Eh!Ada polis datang lah?!"kata Sarah dan terus melarikan diri."Ish!Mana pula dia pergi ni!Kejap je dah hilang."kata hati Danish.Dia ternampak sesuatu yang menarik."Eh!Apa pula ni!Student Card?"senyum jahat Danish.

Keesokkannya,Sarah pergi ke sekolah.Dia perlu selesaikan masalahnya dulu.Nasib baiklah dia diberi peluang dan dilepaskan oleh Cikgu Nia.Fuh~Lega.Baru saja Sarah keluar dari sekolahnya,dia dikejutkan dengan kejutan yang giler!Gambarnya dipaparkan diluar sekolah dengan tulisan 'Wanted'!Dia sungguh terkejut.Tiba2 seseorang menegurnya."Hai Cik Sarah sayang~Mari ikut saya sekejap ya~"kata lembut Danish."Apa?!Tak mahu lah!"marah Sarah.Danish terus menarik lengan baju Sarah.Sarah terpaksa ikut saja sambil menutup mukanya kerana semua pelajar sekolahnya memandangnya.Sungguh memalukan!

"Wei!Lepaskan saya lah!Kita bukan muhrimlah!Ish!"marah Sarah."Hah!Tahu pun!Dah tu,asal orang ajak baik2 tak nak ikut juga?Dah2..Masuk kereta ni.Cepat!"arah Danish."Ya2...janganlah kasar sangat MR.SOMBONG!"Sarah terlepas cakap."Apa?!"tanya Danish sambil mengangkat kening kanannya."A?Tak ada apa2 lah,saya cakap sesuatu ke tadi?tak de kan?hehe"senyum kambing Sarah dan mengalihkan pandangannya ke tempat lain.Danish hanya buat tak tahu saja walaupun dengar apa yang Sarah katakan.

Tiba di sebuah restoran mewah."Kita nak buat apa kat sini?"tanya Sarah kehairanan."Jangan banyak tanya.Kita bincang kat dalam je nanti.Okey?"kata Danish sambil mengenyitkan sebelah matanya.

"Apa kita nak bincang ni?"tanya Sarah."Awak nak bayar ganti rugi ke tidak?"tanya Danish pula."Maaf,saya masih belajar lagi.Manalah ada duit banyak tu."kata Sarah dan menundukkan kepala."Nak saya minta rugi ni kat mak ayah awak ke?"tanya Danish dengan angkuh."Jangan!Please lah Encik."rayu Sarah."Baiklah,ada cara lain.Ni bace,then tandatangan!"arah Danish dan memberi sebuah dokumen."Apa ni?"tanya Sarah lagi.
"Tak reti baca ke?Nama je sekolah menengah.Chih~"sindir Danish dengan angkuh."Perjanjian sehingga ganti rugi selesai?"kata hati Sarah dan menandatangan perjanjian itu.

"Bagus!Awak perlu panggil saya Encik Danish wahai Cik Sarah dan awak perlu segera datang bila saya perlukan awak.Kalau saya baik hati sikit,barulah saya yang jemput awak.Okey? "ORANG GAJI"sindir Danish dengan angkuh dan terus beredar dari restoran mewah itu."Matilah aku kali ni!!!!"bisik hati Sarah."Huh~"keluh Sarah.Hari2 selepas ini pasti sukar baginya.


Part 2

"Hello Cik Sarah.Sila datang ke apartment saya.Saya akan sms awak alamatnya.Datang segera ya? 'ORANG GAJI'...Hahaha"arah Danish sambil ketawa kejam dan terus memutuskan talian.Belum sempat Sarah berkata apa2 lagi.Tiba di apartment Danish."Encik Danish,apa yang saya kena buat kat sini?"tanya Sarah dengan perasaan yang sedikit curiga."Nampak kan keadaan bilik ni macam ne kan?Tahu apa nak buat kan?Saya nak keluar ambil papa saya.Dia akan datang sini.Lagi pun tak boleh lama2 duduk sini.Nanti dapat kahwin free pula.Hehehe."usik Danish dan terus meninggalkan Sarah yang terpinga-pinga dan terkejut dengan keadaan bilik yang sangat bersepah.Rasanya tikus pun tak sanggup nak beranak pinak kat bilik yang macam ni."Yosh!Mulakan operasi sekarang!"Sarah terus mengemas bilik itu tanpa berlengah-lengah lagi.Ini sahaja cara yang boleh dia buat.Nak bayar ganti rugi,tak mampu.Kalau mak ayah tahu.Tamatlah riwayatnya.Redha saja.


"Assalamualaikum."seseorang berada di pintu.Sarah terus pergi membuka pintu."Danish!Siapa perempuan ni?"tanya papa Danish kerana terkejut."Oh~Ni orang gaji saya."terang Danish."Ya tuan."kata Sarah."Baik.Bersih!Bagus kerja awak.Awak boleh pergi sekarang."arah Danish."Okey"jawab Sarah dan terus keluar dari bilik."Kejap Sarah!Ni ambillah."kata Danish sambil menghulurkan RM 50 sambil memberi senyuman."Wah~senyuman dia..Sungguh..."bisik hati Sarah seperti jatuh cinta."Oi!Ni ambil!"arah Danish yang menghentikan lamunan Sarah."Baik.Terima kasih Encik Danish"kata Sarah dan mengambil duit itu dan terus pergi dari situ.


Sarah pergi ke sekolah."Wei Sarah.Siapa yang tarik kau hari tu?"tanya Diana."Yang mana pula ni?"tanya Sarah."Alah..mamat yang tarik lengan baju kau hari tu masa kita baru keuar sekolah."terang Diana."Oh,tu Danish.dia tu..."Sarah terus menceritakan keadaan sebenar kepada kawan baiknya,Diana.Daripada A to Z dia cerita."Oh,kesiannya kawan baik aku sorang ni.Tak apa.Sabar ya Sarah.Sabarlah sampai ko habiskan hutang dengan dia tu.Tapi mamat tu serious smart dan handsome tahu!Tak kan kau tak terpikat kot?"tanya Diana sambil mengangkat kening."Erm..entahlah~"kata Sarah dan terus teringatkan senyuman Danish yang nampak begitu ikhlas walaupun perangainya yang begitu sombong sampai dia sendiri yang menggelarkan diri Danish 'MR. SOMBONG'."Jatuh cinta ke aku ni?!Aku dah gila!Tidak!"bisik hati Sarah seakan-akan dia sendiri ingin menampar dirnya yang seperti angau tiba2.


Cikgu Hamdi masuk ke kelas."Sarah Alisa.Kamu dibenarkan keluar hari ini.Abang kamu ingin berjumpa dan membawa kamu pulang kerana ada kecemasan."kata Cikgu Hamdi.Semua pelajar berpandangan dan hairan kerana setahu mereka Sarah adalah anak tunggal.Maklumlah,Cikgu Hamdi adalah cikgu baru yang ditukarkan ke sekolah mereka.Mereka hanya berdiam sahaja dan meneruskan pembelajaran.Danish terus masuk ke kelas dan melambaikan tangannya kearah Sarah sambil tersenyum mesra membuatkan ada pelajar2 perempuan mula jatuh hati."Sarah sayang.Cepatlah.Kita kena cepat ni."kata Danish yang membuatkan ramai meluat melihat Sarah.Sarah hanya menundukkan kepalanya sambil berjalan.Dia terus saja mengikuti Danish.Entah apa pula yang ingin Danish mahu."Ya Allah.Tolonglah hambamu ini"doa Sarah dalam hati.Sebaik sahaja keluar dari sekolah.Muka Danish yang manis itu terus bertukar sombong!Menakutkan!Sarah terus terkejut.

Last Part 

Pulang ke rumah."FUH~Penatnya.Ada ke patut dia bawa aku teman dia pergi beli barang2 untuk rumah dia.Dah lah aku terpaksa ponteng kelas!Kena pulak bawa barang2 yang dia beli tu!PErgh!"kata Sarah dengan perasaan yang bengang.


"Assalamualaikum Cik Sarah.Saya nak bagitahu ni.Awak ingatkan ada apa esok?"tanya Danish yang sedang menghubungi Sarah."Waalaikumusalam.Ya Encik Danish.Saya ingat.Esok tarikh last saya terikat dengan perjanjian tu"jawab Sarah sambil cover2 happy yang dia akan bebas selepas ini."Okey.Esok kita pergi picnic di tasik okey?Jangan lambat pula.Ajak kawan baik awak tu sekali.Saya tak nak berduaan dengan awak nanti.kata Danish."Baik Encik Danish"akur permintaan terakhir Danish sebelum dia bebas."Hah!Lagi satu.Barang2 awak jangan risau.Semuanya saya akan bawa.Esok saya jemput awak dan kawan awak di depan bus stop.Ok.Bye"kata Danish lagi."Ya.Bye"jawab Sarah dengan gembira."Sapa kata nak bawa barang.hehe.bagus juga dia ni."bisik hati Sarah.


Keesokkannya."Diana!Cepatlah.Ada jugak yang kena marah sebab lambat pula nanti"arah Sarah kepada Diana yang masih bersiap-siap lagi."Ya..ya!Sabarlah sikit."Chillah~Hari ni kan kau last dengan dia kan?"jawab tenang Diana."Ya tak ya juga kan?Tapi kena cepat juga!"kata Sarah dengan excited.Entah kenapa dia rasa excited setiap kali nak berjumpa dengan Mr. Sombong tu.


"Jom bertolak sekarang!"kata Danish dengan semangat."Ya..."kata Sarah dan Diana.Sampai sahaja di tasik,"Cik Sarah woi!Angkat barang ni!"arah Danish kepada Sarah."Eh!bukan awak ke yang bawa kan?Angkatlah sendiri!"bantah Sarah yang sedang berborak dengan Diana di tepi tasik."Amboi2 dia ni...Orang dah bawa kira baik tahu!Angkat cepat!"arah Danish."Ish dia ni!Memang Mr. Sombong betul lah.Mari Diana,tolong aku jap"ajak Sarah.


Sedang seronok mereka bermain air dan berkejar-kejaran.Sarah dilanggar oleh seorang lelaki lalu terpelecok.Nasib saja dia sempat disambut oleh Danish.Dia tiba2  berasa berdebar-debar.Danish juga berasa begitu."Encik Danish!Lepaskan saya!"kata Sarah dan membuatkan Danish terus melepaskannya.Sarah terus terjatuh."Adoi!Kalau ya pun,tunggulah saya berdiri."marah Sarah."Maaflah.saya terperanjat tadi.Tak pernah2 saya terpegang perempuan yang bukan muhrim."terang Danish."Jap!Nak selesaikan sesuatu jap."kata Danish dan terus bergaduh dengan lelaki yang telah melanggar Sarah.Sarah dan Diana terus mengejarnya dari belakang.Setelah berlaku perang mulut antara lelaki itu dan Danish,tiba2 Sarah berasa pusing."Danish"kata Sarah dan terus tidak sedarkan diri."Sarah!"jerit Danish dan Diana.


Danish dan Diana terus membawa Sarah ke hospital.Sarah tidak sedarkan diri beberapa hari.Sepanjang Sarah terlantar di hospital,Danish lah yang menjaga Sarah.Danish telah meminta kebenaran ibu bapa Sarah.Timbul rasa sayang kepada Sarah.Setelah Sarah sedar,Danish tidak lagi berjumpa dengan Sarah.Di katil Sarah terdapat perjanjian yang telah dikoyakkan.Sarah terus menghubungi Danish."Assalamualaikum Encik Danish.Saya nak jumpa dengan Encik Danish sekejap boleh?"kata Sarah.

"Waalaikumusalam.Okey.Kita jumpa di tasik hari tu"kata Danish.

"Ya.Awak nak apa Cik Sarah?"tanya Danish."Erm..Saya nak ucapkan terima kasih sebab jaga saya selama saya tak sedarkan diri.Terima kasih banyak2."jawab Sarah."Oh..sama2..tu dah tanggungjawab saya sebab dah bawa awak keluar ketika awak demam panas.Kenapa awak tak beritahu saya,boleh cancel picnic kan?"tanya Danish."Tak apa.Lagipun tu kan hari terakhir perjanjian kita.Kenapa Encik Danish beriya jaga saya.Saya bukannya tanggungjawab Encik Danish"tanya Sarah lagi."Lembab!Sebab saya sukakan awaklah.Opsss~"kata Danish dan dia terlepas cakap pula.Mukanya terus merah."Apa?"tanya Sarah."Saya takkan ulang lagi.Itulah yang awak dengar apa yang saya cakap"cover malu Danish."Hahaha...Encik Danish memang Mr.Sombonglah.Kenapa lah sombong sangat?"kata Sarah sambil ketawa."Memanglah saya kena sombong sebab awak bukanlah isteri saya lagi.Maybe...bakal isteri.Tapi saya belum boleh sayang awak sepenuhnya sehinggalah kita bernikah"jawab Danish.Mereka berdua hanya tersenyum dan berharap mereka adalah berjodoh.


Tamat~

No comments:

Post a Comment