Keesokkannya,Iskandar menghantar Aisyah ke sekolah."Sayang,ada sesuatu abang nak cakap ni."kata Iskandar."Ya?ada apa abang Is?Syah nak cepat ni"kata Aisyah."o..tak apalah"kata Iskandar pula.Aisyah mencium tangan Iskandar dan berlalu ke dalam sekolah.
"Baiklah murid2 semua.Hari ini kita ada cikgu baru.Encik Iskandar.Sila perkenalkan diri"ucap Cikgu Hanis.Aisyah dan kawan baiknya,Aina tergamam untuk seketika.Mana mungkin semua ini berlaku!
"Assalamualaikum semua.Saya Iskandar.Cikgu baru kamu semua.Saya akan mengajar kamu semua Pend Seni".ucap Iskandar."Wah!Handsomenya cikgu Iskandar ni!"kata semua murid2.
Aisyah dan Aina pergi menonton latihan bola sepak di padang.Ketika itu Aisyah berseorangan kerana Aina perlu ke tandas."Assalamualaikum.Awak Aisyah kan?"kata Amir."Waalaikumusalam.Ya."jawab Aisyah.
"Sebenarnya saya dah lama sukakan awak"kata Amir lagi.Kebetulan Aina baru saja sampai disitu.Aina terus berlari meninggalkan tempat itu.Aisyah mengejar Aina.Sebenarnya Aina sudah lama memendam perasaan terhadap Amir."Syah apa ni? Awak tahu kan yang saya sukakan Amir.Smapi hati awak kan?"tanya Aina sambil menagis.."Aina,saya dengan dia tak ada apa2 hubungan.Kami baru saja berkawan.Saya pun tak tahu pasal ni.Awak tahu kan saya dah berkahwin"terang Aisyah.
Setibanya di rumah,Aisyah menunggu Iskandar pulang dari sekolah.Sebaik saja Iskandar pulang,"Abang Is,kenapa tak bagitahu saya yang abang Is buat trainee kat sekolah saya?"tanya Aisyah."Lah,kan sayang kata nak cepat pergi sekolah.Abang lupakan saja nak bagitahu sayang"jawab Iskandar."Ok.Abang Is kena berhati-hati.Jangan ada yang tahu yang kita dah berkahwin.Nanti kecoh pula.Berhati-hati tahu"kata Aisyah.
"Ya,abang tahulah sayang"jawab Iskandar."Sayang,kenapa masih panggil abang macam tu lagi?"tanya Iskandar."Abang Is nak Syah panggil apa?"tanya Aisyah kehairanan."Panggil abang ke sayang ke?Hehehe"jawab Iskandar."Ok.Syah panggil abang saja.Hahaha"jawab Aisyah sambil mukanya merah padam.
Aisyah masuk ke biliknya.Tiba2 loceng pintu rumahnya berbunyi."Abang!Ada orang datang!"jerit Aisyah.Iskandar pun terus ke tingkap untuk melihat siapa yang datang.Alangkah terkejutnya bahawa Cikgu Hanis rupa rupanya."Sayang..Cepat..kemas barang2..Cikgu Hanis yang datang"arah Iskandar."Apa?Ok2"kata Aisyah.Mereka berdua terus berkemas.Alih2 Cikgu Hanis terus meluru masuk ke rumah.Aisyah terus bersembunyi disebalik langsir di tingkap.Cikgu Hanis ternampak kaki Aisyah dan terus menjerit.Aisyah terus berlari keluar rumah sambil menutup mukanya dengan kain."Apa?!Ada perempuan di rumah awak Encik Iskandar?!"tanya Cikgu Hanis."Oh..itu adik saya.Dia gila sikit.Takut dengan orang asing yang datang ke rumah ni"terang Iskandar dengan berhati hati agar rahsia perkahwinan mereka tak terbongkar.Sebenarnya,Cikgu Hanis menaruh hati dengan Iskandar.
Bersambung~
No comments:
Post a Comment